Ahad, 15 Jun 2014

Pendam


Hai hai hai hai. Terus hai takda salam hahaha. Okay assalamualaikum kepada org yang baca blog aku ni or tengah stalk blog aku. Ecehh bajet hot pula ada org nak stalk hmm kesah pula aku. hahaha lulz. Sekarang dh bulan 6 and hari sabtu ni kenduri kawin kakak kesayangan aku. Nanti dalam rumah makin sunyi bila dia takda. Takda kawan dh wehh dalam rumah ni. Nak story mory dengan sapa nanti ha ha ha. Adik doakan akak bahagia dgn suami akak nnt hingga akhir hayat. Aminn :))

Okay motif aku sebenarnya nak luahkan sedikit perit duka hati aku ni. Pernah tak hang syg orang tu dalam diam? Orang yg hang suka tuu kwn hg and hg pon tak tau mcm mana bole timbul perasaan syg dkt dia. Hg pon tak minta perasaan ni mai dkt hg tapi dia TIBA TIBA mai tau dak. Bila dia text hg, hg rasa mcm nak terbang. hahahaha okay mengarut tp tulaa rasanya bila kita dh mula syg, org tu pula p text hg tanya khabar hg melawak dgn hg lepas tu dok buat sweet2 dkt hg. Apa yg hg rasa? Seronok en? That what i feel...

But aku pendam simpan perasaan aku ni. Aku takmau sapa2 yg tau perasaan aku dkt dia only my friends yg rapat dgn aku jalaa yg tauu. Membe dia sorang ni aku dapat rasa yg dia tau aku suka dkt mamat tu tp aku nafikan. Bila membe dia tanya "weh, kau ada apa2 ke dgn membe aku tu? " and me like what?? kenapa hg tanya mcm tuu? takkan hg tauu kot? haa?! then aku cover balik and aku cakap "mna ada apa2 laa. kitaorg just kawan. tu sajoo" padahal dlm hati aku hmmm nak nangis wehh. How i wish he will be mine not today or tomorrow but soon if jodoh tuu ada lahh. Iman dia wehh yg buat aku suka and syg dkt dia.

Aku yakin if dia dapat tauu perasaan aku dkt dia he will not accept me sebab apa tau dak? Sebab aku tak layak untuk dia. Aku jahat tak lawaa like other girls tak flawless everything tentang aku suma tak lawa and i admit that. Pedih wehh bila tengok dia dgn orang lain. Org lain maybe rasa apa yg aku rasa skrg tp tak suma right? Bila mamat tu ckp dia rindu org lain, dia tggu orang lain and dia nak pmpuan lain. And aku just diam and tengok apa yg dia buat. Sumpah sakit perit pedih suma tuu ada sampaikan satu malam tuu aku nangis sampai mata aku jadi panda wehh. hahaha lawak kann :'((
Right now i miss him sooooooooo much. All i can do is baca fatihah and mention nama penuh dia. Hm.........

Jumaat, 14 Mac 2014

Assalamualaikum


2.35 a.m sekarang and mcm biasa time ni laa yg sesuai nk luahkan perasaan yg aku tak dapat nk luahkan dekat org lain. Bersyukur sgt aku ada blog ni hahaha. Kawan2 mmg ada untuk lepaskan perasaan ni but aku lebih prefer luahkan dekat blog. Takna menyusahkan or lebih okay lagi takna bagi diorang tau perasaan aku skrg. Yeap i know kawan adalah tempat kita mengadu yg parents kita tk dapat nk tau. I mean perasaan perit sedih and pedih pasal orang yg kita sayang.

Back to the topic. Last night aku buka lagu "marry me-jason derulo" and ttiba air mata aku lajuuuu je turun bila teringatkan dia. I dont know how to tell but perasaan tuu tiba2 datang and aku takut if dia mula nk tacle balik "crush" dia sbb aku ada stalk crush dia and pmpuan tu dh single so it makes me feel emmm aaaaa hmm. Aku tk minta nk sayang dia mcm nii and aku tk minta pon perasaan suka ni datang. Perasaan ni datang masa bilaa pon aku tk tauu. Tup tup dah aku suka dia.

Right now aku rinduuu dia sangat sangat. All the time aku asyik teringat dia sampai termimpi. Orang lain ada pesan klu rindu baca fatihah, tangan letakkan didada and bayangkan muka insyaallah smpai laa rindu. Dah buat tapi tak tauu la kalau dia pon rindukan aku jga. Aku tngok balik gambar dia then dengar balik voice chat dia. hahahaha sangat comel bila dia pujuk aku. Ulang laa voice chat tuu smpai la aku dah puas hati. Pedih sakit sangat sangat bila aku stalk twitter dia. Dia slalu RT psal rindu and aku tau yg dia rt tu bukan untk aku. Jeles pon ada bila dia puji or mention dgn pmpuan lain.

Ada satu pic dia buat profile picture dkt fb and ada satu minah nii comment ckp "melting :* " woiii panaih gilaaa hati aku niii. Dah laa comment melting lpas tu buat emoticon kiss pula tuu. Haihh  spoil mood aku terus time tuuu. So aku sejujur jujurnya nk kata yg aku betul2 sygkan dia. Tak kisah pasal diri dia yg sekarang asalkan aku syg dia and dia pon sma. Kalau aku tk bertepuk sebelah tangan laa hmmm.

p/s: Wehh aku sayang kau sangat sangat. Aku tk minta perasaan ni dtg. Aku just tersukaaa dkt kau. TERsukaaa okay. hm Goodnight!

Jumaat, 7 Mac 2014

Assalamualaikum


Macam biasa mood aku nk update blog mesti tengah2 malam. hahaha idea datang melimpah ruah time macam nii. Hm nak update blog ni pon air mata dah bertakung. Pedih sebenarnya hati ni tengok orang yg aku suka tunggu orang lain. Kawan2 suma bagi sokongan suruh doa kalau dia betul jodoh aku minta didekatkan kalau tak minta dijauhkan perasaan ni. Kenapa laa aku senang jatuh hati dekat orang. Dia pon bukan tau aku suka dia. I just keep this feeling towards him.

Banyak kali jugaa la nangis sebab dia. hahaha bodoh kann? Someone cakap dkt aku jujur laa dkt dia kalau hati tu dah betul2 sayangkan dia, Bukan takna jujur just takut dia tolak aku. Aku sedar sapa aku ni that why aku tkna jujur dkt dia. Biarlah aku simpan perasaan ni even pedih aku tngok dia bahagia dgn orang lain. Aku suka dia bukan sebab rupa tapi sebab iman dia. Iman dia yg buat aku melting tapi aku tauu dia bukan yg terbaik buat aku. Yelaa org penah cakap pmpuan baik untuk lelaki yg baik.

Aku doakan dia bahagia. Wehh sedih doe rasa nk nangis. Hm air mata aku dah bertakung. Pedihnya hati nii nak tanggung suma ni. Pura pura bahagia bila dia dgn org lain padahal dalam hati dah sakit dah. Ya Allah tabahkanlah hati ku ini...

Khamis, 31 Oktober 2013

Assalamualaikum..

Hmmm not feeling well today tapi aku kuatkan juga nak updated dekat blog nii. Today hari yang agak penuh cabaran yang aku kna tempuh. Orang yg aku sayang dah pon tinggalkan aku. i mean tak mcm dulu dh just as a "friend" and no more than that if u know what i mean emmmm. Hati aku sakit serius sakit sangat sangat mcm ada org cincang hati nii. Only Allah know mcm mananya aku tahan sakit ni. Dia ada org lain and dia tak perlukan aku that why dia buat keputusan mcm tu. Yes, i know dia buat mcm tu pon sebab takna aku sakit lagi. Bayangkan kita dah jatuh then kita tengok org yg kita sayang dgn orang lain tapi dia tak tolong angkat kita. Dia just tengok sambil pergi. Itulah perasaan aku. Aku tanggung sorang2 and pendam suma ni. Hmmmm..pedih sakit sedih suma ada. Semalam aku ada mimpi dia but mimpi ni serius buat aku menangis. Aku mimpi dia cari aku satu tempat ni and time tu dia sembunyi sebab dia takna aku nampak dia. But mcm mana tah aku bole trperasan dia and aku agak terkejut bila dia ada dekat depan mata aku. Dia berdiri sambil tengok aku and aku pusing ke depan takna tengok dia sambil tu aku jalan. Tpi aku tak tau aku nk pegi mna time tuu yg aku tau aku just nk lari dari dia. Dia kejar aku sampai dapat then dia minta maaf apa yg dia dh buat dekat aku and dia nk aku balik dgn dia semula. hmmm agak trkejut aku but yg peliknya aku terima dia. But ni suma hanya mimpi sahaja and aku minta mimpi ni takkan jadi kenyataan. Tak tahan nk tanggung suma ni sorang2 dah. Sakit tau sakit sangat..


Masa aku otw nak balik kedah nii air mata aku tetiba turun. Laju sangatttttt mcm air hujan yg turun time tuu. Aku pandang sebelah tingkap sebab takut tasya perasan aku nangis. Hmmmm..tahlaa. Tak sangka benda ni akan terjadi. Dia cakap dkt aku buat haluan masing2 sekarang and aku terima sebab tu yg terbaik. Andddd dia ada marah aku taktau laa kan sebab cara dia tulis tu mcm marah. Terkejut jga kenapa dia nk marah smpai mcm tu sekali sedangkan aku yg sakit. Bila dia kata mcm tu AUTOMATIK hati aku tertutup dekat dia. Secara tiba2 dia datang. Tpi tak bole jangka jga takut perasaan ni muncul balik so aku hanya mampu berdoa supaya Allah tutupkan pintu hati aku ni dekat dia buat selama lamanya. Insyaallah! Hanya wujud perasaan sayang sebagai kawan aja and no more than that. Amin Amin Aminnnnnn~

Ahad, 14 April 2013





At last dah lama aku tak update blog. susah sikit nak online sekarang. twitter aku pon dah berhabuk!! hahaha. emm. emm. hari khamis nii aku balik KL sebab ada kenduri and time tuu laa aku nak jumpa kawan baik aku Zarith Sofea. Ya Allah,sumpah happy gilaa aku bila dapat balik KL nii. motif aku balik pon sebab nak jumpa opie. dah 2 tahun doe tak jumpa sapa tak rinduuu. hari tuu ada rancang nak balik kedah sekali dgn opie tapii tak bole sebab opie kena pergi kenduri cousin dia. takpa laa,takda rezeki nak balik sekali buat mcm mana kannnnnn?! time aku tulis nii aku pasang lagu "Sahabat by najwa latif" saja nak menghayati lagu nii alang2 aku nk jumpa opie kan. haha. over bangat sehh! :D Hopefully jadi jumpa dia. Aminnn~~



*nahh,nii lirik lagu sahabat. hewhew :D
                                                            

                                                               Kau ada dikala ku suka
                                                               Dikala ku duka
                                                               setiap tangisan dan juga ketawa
                                                               Kau ada dikala ku perlu
                                                               setia menemaniku
                                                               Pegang erat tanganku bila aku jatuh

                                                               Kau lah yang selalu
                                                               Selalu menemaniku
                                                               Mendengar kisah pahit manis
                                                               Hidup ku

                                                               Kau lah yang di situ
                                                               Setia menunggu ku
                                                               Kau lah yang satu
                                                               Menjadi sahabatku

Rabu, 27 Mac 2013











His name is Adam Iskandar. Not my boyfriend okay.  haha. ramai yang cakap dia hensem. emm emm bole laaa hensem laa juga. haha. aku rindu gila kott dekat dia. rindu sangat sangat. Weh,mana kau hilang?! takkan dah kawin kottt. sampai sekarang still tak tau lagi mana dia pergi. maybe sambung belajar dekat luar negara kott? anak doktor laa katakan. Dah laa pandai hensem pulak tuu. hahaha. Teringat pulak cara adam gelak bila aku text dengan dia "wakakaka" . And and paling buat aku teringat sekali bila aku dengar lagu "Down". Dia penah nyanyi lagu tuu time aku sedih sebab baru break dengan ex. Alaa,cinta monyet jaa tuu. haha. Rasa terharu pon ada bila dia nyanyi "baby are you down,down,down"



Hopefully dapat jumpa dia nanti. Aminn ~~ aku,opie and anis rindu kau sangat sangat.

Khamis, 21 Mac 2013



Assalamualaikum.....






Today 21/3/2012 result SPM telah diumumkan. so ramai kawan2 aku dapat straight A. Alhamdulillah!! Congrates guys! Result aku pon not bad juga laa. hahaha. tapi takda macam kawan2 aku yang lain. Aku takla sebijak kawan2 aku. tapii aku bersyukur sangat2 sebab semua subjek aku lulus and ada laa juga A. Bolee laaa. hahaha. And time aku otw nak balik opie pula call. haa,ketaq aku nak angkat fon tuu. hahaha. then opie bgtau dia dapat result yang membanggakan. Opie dapat atas daripada 5. haa,so teka laa 6A,7A,8A or 9A? hahaha. tanya tuan dia sendiri. :p and and aku nak say congrates juga dekat pypah,qilah and semua laaaa yang dapat result terbaik.





Haaa,ni ada gambar skit time dekat sekola. hahahaha. sempat lagi ambik gambar. :D







gambar nii ja bole upload. gila bluetooth nii.